Love Hard (filem)

Love Hard merupakansebuah filem komedi romantik Amerika Syarikat tahun 2021 yang diarahkan oleh Hernán Jiménez serta ditulis oleh Danny Mackey dan Rebecca Ewing. Filem yang dibintangi oleh Nina Dobrev, Jimmy O. Yang dan Darren Barnet ini mengisahkan tentang seorang wanita muda yang pergi menjejaki lelaki yang dicintainya dalam talian semasa Krismas, tetapi mendapati dia telah ditipu.Love Hard diterbitkan oleh Wonderland Sound and Vision, dan difilemkan di Vancouver dari Oktober hingga November 2020. Filem ini telah disiarkan oleh Netflix pada 5 November 2021.